Thursday, March 28, 2013

Cara-cara yang berkesan untuk menghalang kedutan

Takut nak tengok cermin lama-lama sebenarnya... kalau dok belek muka mesti akan timbul satu persatu perkara-perkara yang menakutkan... errrkkkk....!!! daripada parut jerawat yang lambat pudar, kepada pori-pori terbuka dan kemudian... uh.. kedut sekitar mata. Hmm.. welcome to 4 series group!

Okayla tu kan kedutan cuma ketara disekitar mata terutamanya bila tersengih.. Jangan lupa pakai krim mata tu.. nanti okay la.. in shaa Allah... Bukannya takut tua... it's okay to become old naturally and gracefully but not premature ageing.. oh nooo....!!!

Jadi, mari semak cara-cara yang berkesan ntuk melambatkan kedutan.

  • Lindungi kulit dari matahari

    • terdedah kepada matahari merupakan agen utama membawa kepada tua sebelum waktunya
    • jadi sebelum keluar rumah, pastikan anda melindungi kulit dengan memakai pelembap atau losyen ber SPF yang baik. Kandungan SPF yang paling minimum ialah SPF 15 dan jika cuaca terik bertukarlah kepada paras SPF yang lebih tinggi

  • Kurangkan pengambilan gula

    • Bukan sahaja gula tidak baik untuk kesihatan, malahan paras gula dalam darah yang tinggi boleh memusnahkan kolagen pada kulit
    • Dengan termusnahnya kolagen, kulit akan mengendur dan mula muncul kedutan
    • Jadi untuk memastikan wajah yang sentiasa mulus, pastikan anda mengawal kandungan gula pada makanan anda

  • Berhenti merokok dan elakkan asap rokok

    • Semua orang telah sedia maklum akan bahaya merokok dan asap rokok pada kesihatan. Merokok adalah penyebab kanser dan sakit jantung yang utama.
    • Perbuatan merokok menyebabkan kedutan di sekitar mulut
    • Manakala asap rokok pula mengurangkan oksigen dan nutrisi pada kulit

  • Pastikan kulit cukup keperluan air

    • Demi mendapatkan kulit yang mulus dan licin, minumlah air yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari
    • Pakai pelembap muka dan losyen badan

  • Periksa mata

    • Kedutan sekitar mata mungkin disebabkan anda rabun.. hah..? cemana tu?
    • Jika anda rabun, dengan cara tidak sengaja anda akan mengerutkan dahi dan bahagian mata yang mana, aktiviti tak sengaja ini akan menyebabkan kedutan yang tak sepatutnya
    • Jadi periksalah mata anda dan pakai sun-glasses setiap kali keluar rumah di siang hari

  • Makan makanan pengelak kedutan

    • Untuk menghalang kedutan, seeloknya makan makanan yang kaya dengan anti-oksida dan omega 3
    • Omega 3 menghasilkan kulit yang licin, manakala anti-oksida menghalang kedutan
    • Omega 3 didapati dalam minyak ikan dan anti-oksida didapati dalam buah-buahan seperti strawberi dan teh hijau
    • Sayur bayam juga baik untuk kulit kerana kandungan 'lutein' yang menghalang kedutan dengan mengekalkan kelembapan kulit, dan menghalang kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas.


  • Elakkan Tekanan (stress)

    • Meditasi, senaman dan yoga adalah baik untuk mengawal tekanan yang dihadapai
    • Tekanan yang kronik sebenarnya boleh menyebabkan penuaan awal dengan menghasilkan kedutan yang tak sepatutnya
    • Tak salah juga jika sesekali manjakan diri anda dengan mengunjungi spa untuk merehatkan minda sambil menikmati layanan istimewa




No comments:

Post a Comment