Thursday, March 28, 2013

Cara-cara yang berkesan untuk menghalang kedutan

Takut nak tengok cermin lama-lama sebenarnya... kalau dok belek muka mesti akan timbul satu persatu perkara-perkara yang menakutkan... errrkkkk....!!! daripada parut jerawat yang lambat pudar, kepada pori-pori terbuka dan kemudian... uh.. kedut sekitar mata. Hmm.. welcome to 4 series group!

Okayla tu kan kedutan cuma ketara disekitar mata terutamanya bila tersengih.. Jangan lupa pakai krim mata tu.. nanti okay la.. in shaa Allah... Bukannya takut tua... it's okay to become old naturally and gracefully but not premature ageing.. oh nooo....!!!

Jadi, mari semak cara-cara yang berkesan ntuk melambatkan kedutan.

  • Lindungi kulit dari matahari

    • terdedah kepada matahari merupakan agen utama membawa kepada tua sebelum waktunya
    • jadi sebelum keluar rumah, pastikan anda melindungi kulit dengan memakai pelembap atau losyen ber SPF yang baik. Kandungan SPF yang paling minimum ialah SPF 15 dan jika cuaca terik bertukarlah kepada paras SPF yang lebih tinggi

  • Kurangkan pengambilan gula

    • Bukan sahaja gula tidak baik untuk kesihatan, malahan paras gula dalam darah yang tinggi boleh memusnahkan kolagen pada kulit
    • Dengan termusnahnya kolagen, kulit akan mengendur dan mula muncul kedutan
    • Jadi untuk memastikan wajah yang sentiasa mulus, pastikan anda mengawal kandungan gula pada makanan anda

  • Berhenti merokok dan elakkan asap rokok

    • Semua orang telah sedia maklum akan bahaya merokok dan asap rokok pada kesihatan. Merokok adalah penyebab kanser dan sakit jantung yang utama.
    • Perbuatan merokok menyebabkan kedutan di sekitar mulut
    • Manakala asap rokok pula mengurangkan oksigen dan nutrisi pada kulit

  • Pastikan kulit cukup keperluan air

    • Demi mendapatkan kulit yang mulus dan licin, minumlah air yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari
    • Pakai pelembap muka dan losyen badan

  • Periksa mata

    • Kedutan sekitar mata mungkin disebabkan anda rabun.. hah..? cemana tu?
    • Jika anda rabun, dengan cara tidak sengaja anda akan mengerutkan dahi dan bahagian mata yang mana, aktiviti tak sengaja ini akan menyebabkan kedutan yang tak sepatutnya
    • Jadi periksalah mata anda dan pakai sun-glasses setiap kali keluar rumah di siang hari

  • Makan makanan pengelak kedutan

    • Untuk menghalang kedutan, seeloknya makan makanan yang kaya dengan anti-oksida dan omega 3
    • Omega 3 menghasilkan kulit yang licin, manakala anti-oksida menghalang kedutan
    • Omega 3 didapati dalam minyak ikan dan anti-oksida didapati dalam buah-buahan seperti strawberi dan teh hijau
    • Sayur bayam juga baik untuk kulit kerana kandungan 'lutein' yang menghalang kedutan dengan mengekalkan kelembapan kulit, dan menghalang kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas.


  • Elakkan Tekanan (stress)

    • Meditasi, senaman dan yoga adalah baik untuk mengawal tekanan yang dihadapai
    • Tekanan yang kronik sebenarnya boleh menyebabkan penuaan awal dengan menghasilkan kedutan yang tak sepatutnya
    • Tak salah juga jika sesekali manjakan diri anda dengan mengunjungi spa untuk merehatkan minda sambil menikmati layanan istimewa




Wednesday, March 27, 2013

Migrain - Masalah bulanan

Hi! Dah 4 hari berlalu tanpa update kat blog yang baru nak bernyawa nie.

Nak tahu...! Sejak hari Sabtu yang lepas kepalaku dah start pening-pening lalat. Perut pulak kembung macam baby tak pakai minyak telon.


Pastu rasa mual-mual, nak muntah dan tak lalu makan. Alamak!!!... tak mungkin mengandung lagi.. Jangan buat pasal, dah 7 tahun berlalu sejak lahirkan yang nombor 4...si Bongsu yang kiut miut  tu. hihi... Kadang-kadang bila teringat betapa comelnya anak-anak nie masa baby.. teringin pulak nak baby lagi. Oh! Jangan...

Yang sebenarnya dah tahu pun... kalau takde miracle  dari Allah, takkanla aku boleh mengandung lagi.. sebabnya dah buat BTL pun  lepas lahirkan si Bongsu.. Bahasa pasarnya.. dah ikat dah.. huhuhu. Sejak tu rasanya setiap kali nak period, setiap kali itu lah semua problem ni timbul.

Dari perut kembung, mual-mual, pening-pening lalat, then klimaksnya ialah migraine dan muntah-muntah pastu bendera merah pun tiba. Aduh!... lalu perut pun sakit, sendi-sendi pun lenguh-lenguh, dan kepala pun macam nak pecah.

Bila tiba time macam nie aku akan rasa down..down.. gila-gila. Rasa nak berhenti keje dan-dan tu jugak dengan rasa stress yang melampau-lampau dan membuak-buak.

Akupun sebenarnya dah takde alasan nak bagi kat boss bila tak boleh bangun pagi. Bangun je rasa nak pitam. Pegi jumpa doktor, jawapannya sama. Hormonal imbalance. "Doctor, I dah tak tahanla every month kene macam nie, can you suggest something?". "Can't do anything, it's hormones" kata doktor tu. Dah dua-tiga ayat aku dipatah-patahkan doktor tu seolah-olah aku patut terima ja sakit bulanan ni dengan pasrah.

Betulke aku tak boleh ubati migraine yang disebabkan masalah hormon ini sampai bila-bila? Mari semak data-data yang aku kumpul dari beberapa website dan majalah ini berkenaan migrain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Jom baca..

 

Punca-Punca Migrain


1. Perubahan hormon estrogen  


    Sebelum atau semasa kedatangan haid atau semasa hamil, perubahan pada   paras hormon 
    estrogen yang dapat menyebabkan migrain. Selalunya migrain disebabkan penurunan paras   
    hormon estrogen secara mendadak.

    Cara-cara mengubati masalah ini.
    Ubatan hormon - seperti ubat pencegah hamil dan terapi penggantian hormon adalah antara kaedah
    yang diambil untuk mengubati masalah ini, namun, kemungkinan besar akan membawa sakit   
    migrain yang lebih teruk

 

    Ubat tahan sakit

      Ubatan jenis ini diambil semasa sakit menyerang kerana ia dicipta untuk menghentikan kesakitan

    Ubat Pencegahan

      Ubatan jenis ini diambil secara berkala selalunya setiap hari, untuk mengurangkan kekerapan atau
      mengurangkan rasa sakit, dan memendekkan serangan migrain

   Selain daripada masalah hormon, punca-punca migrain selalunya adalah :-

2. Stress

    Tekanan di rumah atau di tempat kerja.

 

3. Stimulasi anggota tubuh

   Cahaya yang terlalu terang, bunyi atau suara yang terlalu kuat, bau yang sangat menyengat seperti  
   bau wangian atau asap rokok juga dapat menyebabkan migrain kepada sesetangah individu.

4. Perubahan cuaca

    Perubahan cuaca yang keterlaluan, atau tidak menentu atau perubahan tekanan udara dapat menyebabkan migrain.

 

5. Jadual tidur tidak menentu


6. Keletihan


7. Makanan dan minuman

    Minuman beralkohol atau yang mengandungi kafein hendaklah dihindari. Begitu jugak dengan   
    coklat, keju dan makanan yang mengandungi MSG juga boleh menjadi punca migrain.


Di harap dengan pengetahuan ini. kita dapat cuba mengatasi masalah migrain supaya kita menjadi lebih produktif dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Insyaallah.



Friday, March 22, 2013

Tips kurus & pecah lemak melalui cara pamakanan - Dr Hamid Arshat


Busy sesangat semalam dan hari nie. Sempat jugak jenguk FB sambil2 buat keje rumah.. terjumpalah dengan Status Dr Hamid Arshat yang sempat di screenshotkan oleh henpon ku. Sorry quality kurang elok. Semuanya dibuat dengan tergesa-gesa.

Aku nak ulas balik tips yang diberikan.

1. Kunyah makanan di dalam mulut selama yang boleh. Ini adalah kerana enzim dari air liur membantu penghadaman.

2. Kurangkan makanan luar contohnya fast food dan lain-lain makanan bergoreng. Kalau mampu untuk masak sendiri itu adalah lebih baik.

3. Berhenti minum air cordial, sirap, minuman di dalam botol dan kotak. Ini adalah kerana kandungan gulanya yang teramat tinggi.

4. Jauhkan makanan yang mempunya perisa, pengawet dan pemanis.

5. Seelok-eloknya setiap pagi minum air suam yang dicampur dengan perahan lemon setengah biji ataupun limau nipis. Minum sedikit apple cider atau cuka epal semasa atau selepas makan.

6. Cili mentah seperti cili merah, cili hijau atau cili padi, makan sebagai ulam ataupun salad.

7. Lebih elok menggunakan kunyit hidup di dalam masakan.

8. Gunakan olive oil marjerin dan minum minyak kelapa dara sebanyak 1 sudu, 2 kali sehari.

9 Ambil supplement Vitamin B khususnya B3 atau Niacin.

10. Makan 'seaweed' atau rumpai laut atau juga dikenali sebab pure marine collagen sebagai sumber iodine dan anti-oksida.

Thursday, March 21, 2013

Kebaikan buah-buahan dalam diet anda

Dah menjadi rutin Mr Hubby memborong stok buah-buahan untuk kami sekeluarga pada setiap hari Khamis. Hari nie anak-anak berebut-rebut mencuci buah-buahan kegemaran masing-masing... seronok tengok gelagat anak-anak riuh keriangan.

Hari nie Mr Hubby bawa balik buah anggur yang begitu rangup dan amat segar, buah strawberri yang amat cantik dan buah epal yang sangat sedap. Mari kita menyelami kebaikan-kebaikan buah-buahan ini.

Anggur

Anggur adalah sejenis buah-buahan yang bukan saja sedap malahan mengandungi nutrisi-nutrisi penting yang seolah-seolah bertindak seperti ubat disebabkan kebaikannya kepada kesihatan kita.

Buah anggur adalah sumber vitamin yang baik

Tanpa mengira warnanya, anggur kaya dengan khasiat Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B6, Vitamin B and Folat.

Buah anggur merupakan sumber mineral yang baik

Buah anggur adalah baik untuk kesihatan kerana kandungan mineral iaitu Mangan and Potassium.  Mineral-mineral ini penting untuk menjaga kesihatan darah, mengurangkan darah tinggi, mengatasi tekanan/stress dan memperbaiki imunisasi terhadap jangkitan penyakit. Lain-lain mineral baik yang terdapat dalam buah anggur adalah Copper(Tembaga/Kuprum), Zink, Kalsium, fosforus, Iron(besi) dan Selenium.

Anggur baik untuk kesihatan jantung

Kebaikan anggur yang paling utama sekali adalah penghasilan anti-oksida di dalam tubuh kita. Anggur kaya dengan antioksida disebabkan adanya phytonutrients yang dinamakan polyphenols. Anti-oksida ini bila digabungkan dengan radikal bebas di dalan tubuh badan kita boleh mengurangkan risiko penghasilan plak pada arteri, dengan ini membantu memperbaiki kesihatan jantung.
Anggur juga membantu dalam penghasilan nitric oxide dalam badan. Hasilnya kesihatan jantung dapat diperbaiki dengan menurunkan terjadinya darah beku, pengumpulan platelet dan oksidasi LDL (yang menyebabkan plak pada arteri).

Resveratrol, berada pada kulit anggur dan bijinya menjaga fleksibiliti pada otot jantung dan kesihatan jantung.Anggur juga mengandungi glukosa yang dinamakan yang menolong menurunkan serapan kolestrol dan dan menyelesaikan 'inflammation path ways' yang mana ianya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Anggur mencegah Kanser

Dengan kehadiran anti-oksida di dalam anggur, ia menolong menyambung radikal bebas di dalam badan. Radikal bebas atau ati-oksida ini bertanggungjawab untuk menghalang kejadian kanser dalam organ badan. Ia juga mengurangkan risiko kanser kolon dan kanser payudara.

Anggur membantu kesihatan sistem penghadamana disebabkan oleh ciri-ciri anti-microbial yang dimilikinya.

Anggur mempunyai beberapa ciri anti-microbial yang tidak membahayakan bakteria baik di dalam badan. Beberapa kajian menunjukkan anggur menghalang pembesaran 14 jenis bakteria jahat yang biasa ditemui  di dalam usus dan perut seperti  E coli, Salmonella and H. pylori (yang menyebabkan ulser perut).


Strawberry



Strawberry baik untuk menghalang penyakit kardiovaskular, kanser, dan melambatkan proses penuaan. Malahan, kajian menunjukkan dengan adanya paras antioksida yang tinggi di dalam strawberry dapat menolong untuk meneutralkan kesan negatif radikal bebas di dalam sistem badan. Antioksida juga dikenali untuk menguatkan sistem imunisasi dan menghalau penyakit seperti demam selesema.
 
 
Epal
 
 
 
An apple a day keeps the doctor away. Maknanya kalau hari-hari makan epal, kita akan sentiasa sihat. Benarkah begitu? Kan best kalau pokok epal boleh tumbuh merata-rata di Malaysia macam pokok rambutan dan durian. Hmmm... berangan.
 
Memutihkan gigi
Makan epal boleh memutihkan gigi. Bagaimana? Menggigit dan mngunyah epal akan merembeskan air liur yang secara semulajadi mengurangkan risiko pereputan gigi dengan mengurangkan bakteria.
 
Selain daripada itu, makan epal secara teratur jugak dapat mengelakkan penyakit Alzheimer,
mencegah penyakit Parkinson, menghalang kanser, mengurangkan risiko penyakit kencing manis, mengurangkan kolestrol, jantung yang sihat, mencegah batu hempedu, melawan cirit birit dan sembelit, meneutralkan "bowel syndrome" dan mencegah buasir
 
 
Health Benefits of Apple Juice (source : Amazing Things in the World)

1. Reduced Risk of Heart Diseases

Apple juice prevents cholesterol to form in your blood vessels and arteries. High cholesterol level and plaques in the arteries are one of the major causes of heart diseases. By drinking apple juice you reduce the risk of heart diseases.
...
2. Cleaner Organism and Improved Digestion

Apple juice (especially raw apple juice) helps to clean the liver and kidneys from harmful toxins. As a result, you have a cleaner organism and you are better protected against liver and kidney diseases.

3. Apple Juice is Great for Weight Loss

This health benefit of apple juice is loved by weight conscious persons. Cholesterol and calories are two major causes of extra weight. Apple juice is basically free of calories and fat + it protects you from cholesterol.

4. Excellent Source of Energy

Apple juice is packed with different vitamins – A, C, E, K, B1, B2, B6 and Folate, so it is an excellent source of energy. As a result, it is a great drink to restore your energy after a physical exercise.

5. Lower Risk of Dementia

Some studies have shown that apple juice lowers the risk of dementia in older people. Apple juice slows brain aging and helps to keep it sharp for longer time.

6. Improved Vision and Eye Health

Apple juice contains vitamin A, which is good for your eyes. Vitamin A helps you to protect your eyes from eye diseases and keeps your sight sharp.

Those were the most important health benefits of apple juice. As a conclusion there is one advice we can give you – drink apple juice and enjoy good health
See More

 

Wednesday, March 20, 2013

Tips awet muda

Menjadi tua adalah satu pross semulajadi.. kalau umur panjang, semua orang akan mengalaminya. Tapi apa yang ditakuti adalah tua sebelum waktunya... oh tidak....! Mungkin bagi yang mampu, mereka yang bertuah itu hanya perlu ke Spa mewah untuk membelai dan merawat tubuh badan dan wajah agar sentiasa awet muda, cerah, anjal dan melewatkan kedut.

Bagi yang berduit dan berani boleh juga memilih kaedah suntikan vitamin C dan kolagen atau seperti yang kita sedia maklum, ada segelintir wanita yang mengamalkan suntikan botox. Apa-apa pun pilihan di tangan anda.

Bagi aku yang duit cukup-cukup makan dan cuma tinggal sedikit untuk disimpan nie... kaedah di atas tidak menjadi keutamaan. Memang sesekali aku akan ke spa kawanku kalau badan terasa berat, ngilu-ngilu atau untuk melakukan rawatan rambut. Itupun mintak duit dengan Mr Hubby. Hihihi...  dah tentu 'maintenance' nie untuk dia jugakkan.. hehehehe.... berani dia tak kasi...

Tapi apa yang pasti, pemakanan juga memainkan peranan penting selain penjagaan luaran.

Usia terbahagi kepada dua iaitu usia kronologi dan usia biologi. Usia kronologi adalah usia yang dikira melalui kalendar dari saat dilahirkan sehingga sekarang. Contohnya, aku dilahirkan pada tahun 1973 jadi usia kronolgi aku ialah 25,... hehhehe.... pandai tak matematik aku...

Usia biologi adalah sangat penting. Ada orang yang usia kronologinya 25 tetapi usia biologinya seperti 40. Apa yang menyebabkan hal ini terjadi? Pengiraan usia biologi adalah berdasarkan index kolagen tubuh badan seseorang itu.

DI bawah adalah tips awet muda yang amat perlu diutamakan oleh kita.

1. Pemakanan

Pemakanan seimbang dan rendah kalorinya memainkan peranan yang amat penting dalam melambatkan proses penuaan. Sebagai contoh, ahli Sumo Jepun yang berumur sekitar 23 tahun, umur biiologi mereka adalah 30 tahun. Bahkan Jepun yang mempunyai purata umur penduduknya mencapai 80 tahun, akli Sumo hanyalah mencapai 50 tahun.Ujian terhadap tikus pula menunjukkan, penurunan kalori dapat memanjangkan jangka hayat tikus tersebut. ( (sumber : DokterGaul.com).
Berikut adalah tips dari Lisa Surihani tentang pemakanan.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/10/30/mstar_hiburan/20121029172314

2. Senaman yang teratur

Otot tidak akan berkembang malahan mengecil jika tidak digunakan. Sebaliknya apabila otot digunakan dan dilatih, ia akan berkembang bersesuaian dengan beban yang diterima. Banyak bukti menunjukkan kemunduran otot adalah disebakan oleh pengurangan penggunaannya seiring dengan proses penuaan. Jadi, usia bukanlah halangan untuk kita bersenam.








Halangan dan cabaran diet

Terlalu ramai yang berazam nak diet tapi tak turun-turun berat badan.. makin bertambah adalah. Macam-macam alasan yang diberi tapi pokok pangkalnya tepuk dada tanya selera.

Awal tahun adalah menjadi kebiasaan untuk membuat azam baru. Tapi pada waktu inilah rezeki makan datang mencurah-curah. Selalu sangat ada aktiviti makan-makan. Ada yang naik pangkat, jom celebrate ramai-ramai. Makan free. Ada pulak yang resign... jom makan lagi. Waktu nie jugak masing-masing poket tengah tebal... baru dapat bonus... yahooo... jom makan.
 Abis tu azam diet pun barai.

 
 
 
Well... yang sebenarnya bagi aku... tujuan utama nak diet bukanlah nak kurus segera lalu diet gila-gila tapi bila dah dapat berat badan seperti yang diidamkan terus terlupa nak jaga pemakanan dan akibatnya menjadi lebih gemuk dari yang asal. Sebenarnya, yang lebih utama adalah kesihatan yang baik. Kata omputih... "you are what you eat". Kalau tak jaga diet seimbang, macam-macam masalah timbul, bermula dengan lebih berat badan, kemudian obesiti, kemudian satu-satu penyakit akan hadir. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, masalah kesuburan, gout dan lain-lain lagi.
Kesihatan ialah yang paling diutamakan, kurus adalah bonus.
Oleh itu selain daripada menjaga diet yang seimbang, senaman juga satu kemestian. Berdiet tanpa bersenam lama kelamaan akan menurunkan kadar metabolisma badan.
Walau berdiet macam supermodel aneroxia pun kalau metabolisma rendah.. terlalu sukar berat nak turun.
 

Jadi sahabat sekelian, berdietla dengan cara yang betul. Jangan terlalu bergantung kepada produk cepat kurus yang belum tentu kebaikannya selain menurunkan berat badan. Carilah produk yang mengutamakan kesihatan dan diet yang seimbang. Itu adalah yang terbaik. Bagi aku sendiri, Herbalife pilihan ku. Anda bagaimana?

Monday, March 18, 2013

Cara-cara menangani stress dengan berkesan

Dalam kehidupan kita sehari-hari, memang tak dapat lari dari 'stress'. Aku bila dah stress mula la migrain menyerang... Tapi sebenarnya jika kita pandai menangani stress yang datang, kita akan peroleh kebaikan daripadanya.

Di bawah ini adalah ringkasan kepada cara-cara menangani stress yang aku baca dari satu blog mat salleh. (source from http://www.helpguide.org/mental/stress_management_relief_coping.htm#accept)

Strategi Pengurusan Stress

1. Elakkan 'stress' yang tak perlu
  • Belajar berkata "Tidak" atau "Tak Mahu"
    • Kalau kita terlalu tak berkira, orang akan pijak kepala kita & mengambil kesempatan
  • Mengelak / Jauhkan diri daripada sesiapa yang memberikan stress kepada kita
    • Seeloknya buat tak tahu je... "ada aku kisah"
  • Kawal persekitaran anda
    • contohnya, jika sentiasa berdepan dengan jalan jem di waktu pagi, cuba cari jalan alternatif atau keluar lebih awal
  • Elak dari berdepan/bercakap/membaca/menonton bahan-bahan yang menimbulkan stress
    • kalau cerita seram atau horror buat anda stress.. lupakanlah.. baik tengok sitcom
  • Permudahkan senarai keperluan 'to-do-list'
    • buat perancangan awal pada tugasan kerja sehari-hari atau perancangan hujung minggu
    • contohnya kalau nak balik kampung pada hujung minggu, pastikan kain baju dah dibereskan. Selalunya aku hantar dobi je kalau hujung minggu ada aktiviti/outing, tapi pada yang mampu untuk uruskan sendir kain baju setiap hari, itu adalah lebih baik... tabik springggg!!!!
2. Ubah situasi
  • Suarakan perasaan anda jangan berdiam diri.
    • jangan memendam rasa, luahkan agar situasi dapat diperbaiki
  • Mahu bermuafakat (compromise)
    • Bersedia untuk berubah ke arah kebaikan bersama
  • Bersikap lebih tegas
    • Suarakan dengan jelas apa yang anda mahu tetapi mestilah dengan rasa hormat
    • contohnya jika kamu amat sibuk dan seseorang datang untuk bersembang, katakan yang anda hanya ada 5 minit untuk itu
  • Uruskan masa dengan lebih berkesan
    • Buat perancangan awal untuk mengelakkan saat terakhir untuk menyelesaikan kerja supaya anda tidak berdepan dengan stress
3. Menyesuaikan diri dengan punca stress
  • kendalikan masalah dengan positif
    • sentiasa yakin dalam diri bahawa setiap ujian dari Tuhan ada hikmah disebaliknya
  • Lebih terbuka
    • Cuba fikirkan adakah masalah ini akan berpanjangan, takkanla husband terlupa anniversary pun nak monyok macam dapat 'madu'...contohnya la kan...heeee... jangan stress...!!!
  • Sesuaikan 'standard' anda
    • Contohnya : kalau ada anak kecik 4 orang berderet, terimalah kenyataan yang tak mengapa kalau rumah tak sama standard macam dalam majalah anjung seri tu... lainla kalau ada maid dan anda sendiri home manager sepenuh masa.. Bertuahnya...
4. Terima perkara-perkara yang kita tak boleh ubah
  • Jangan cuba nak kawal perkara-perkara di luar kemampuan
    • contohnya perangai /kelakuan rakan sekerja atau jiran yang  menjengkelkan
  • Cari kebaikan sesuatu masalah yang timbul
    • Contohnya jika suami cakap anda makin "comel", mungkin inilah masa yang sesuai untuk anda buktikan yang anda boleh jadi slim (makan terkena kat batang idung sendiri je.. heheheh)
  • Kongsi perasaan anda dengan orang yang boleh dipercayai
    • Anda merasa lega setelah meluahkan rasa hati pada yang tersayang atau pada insan-insan terdekat yang menyayangi anda seadanya
  • Belajar untuk memaafi
    • usah di panjangkan perkara yang remeh temeh, hanya membuang masa dan menyesakkan dada.. Forgive and forget.
5. Cari masa untuk berseronok dan rehat
  • Setkan masa untuk rehat setiap hari untuk caj semula
  • Berhubung dengan orang-orang yang positif yang mampu memberikan anda inspirasi
  • Buat perkara yang kamu enjoy setiap hari
  • Ada sense of humor
6. Jalani kehidupan yang sihat (healthy lifestyle)
  • Senaman yang teratur
  • Makan makanan yang sihat
  • kurangkan kafein dan gula
  • Elakkan alkohol, rokok dan dadah merbahaya
  • Dapatkan tidur yang cukup

Sunday, March 17, 2013

Monday Blues....

Adoi... it's Monday again... macam biasa... traffic jam tak dapat dielakkan.. suka atau tidak... terpaksalah diharungi... kalau dapat kete terbang kan best... hiii... berangan...



kadang2 bila time 'buang masa' macam nie aku selalu berangan nak jadik suri rumah sepenuh masa. Alangkah bahagianya kalau dah mampu nak hantar tender... resign. Hmm... syoknya berangan kan..


Stresssssssss...!!! bukan stress kat tempat keje je... belum sampai kilang dah stress.. hadoi. Kat kilang dah stress pasal input & output pulak. Balik keje pulak another stress... kalau tak jem pun jalan tetap congested pastu dengan sikap driver-driver yang 'jual ikan' lagi. Sabarla wahai hati.
 

Tarik nafas dalam-dalam ... hembus nafas... sambil-sambil tu jom semak cara-cara mengendalikan stress dengan berkesan atau dalam bahasa orang putihnya Stress Management.




Diet dengan Herbalife

Yahoo....!!!! produk herbalife  yang aku order dah sampai. Tak sabar nak berdiet nih.!!! keles ko Jah.... hehehehe... So hari ni dengan bangganya aku bawak tumbler air herbalife yang tutupnya kaler hijau dan sangat bergaya itu ke hulu ke hilir.


Dari rumah ke Serdang kemudian ke Bangi kemudian ke Serdang balik hantar Akemi balik ke kedai dia... http://onlinelittleshoppe.blogspot.com/ , http://craftanie.blogspot.com/ ,  dok tayang la botol air ijau herbalife yg cantik tu. Dalam tu dah bancuh teamix dengan aloevera... sedap... macam minum teh o limau .. ada masam2 sikit ada rasa teh sikit.. bezanya cuma takde gula.. heheheh... ok what! not bad at all as a start.

Herbal Aloe
Tea Mix

 
Buat apa kat Bangi? ... hmmm.. ada kelas menjahit jubah tadi. Kat dalam kelas pun  ada yang tanya.. ok tak makan Herbalife... "errr.... yang sebenarnya.. saya pun baru je cuba-cuba".  Almaklumlah dah di ambang 4 series nie mestila jaga badan... apa? dah terlambat.. sapa kata? biar lambat asal selamat... kannn.... Apa-apa pun nanti aku update entry pasal jahit jubah ye. Mesti tak sabar kan pada siapa yang minat menjahit tapi tak berkesempatan nak pegi belajar. I will share with all of you.. because sharing is caring, right.
 
 
Oh ya.. kenapa aku pilih produk Herbalife berbanding produk-produk weight management yang lain? Yang pertama... rasa teruja tengok abah aku kat kampung tu dok minum herbalife. Abah keje kampung... tanam sawit, kait buah sawit, baja sawit, hantar buah sawit ke kilang.. dan lain-lain aktiviti penjagaan sawit yang aku sendiri pun tak pernah tahu. Abah oh abah... kesian abah... sayang betul dia dengan pokok-pokok sawit tu... "Tapi abah perlukan rehat  yang banyak.. abah bukan makin muda..." hmmm... nie aku cakap dalam ati je.. tak pernah pulak seumur hidup aku menasihati abah... janggal rasanya.. Tapi sebagai seorang anak, aku selalu doa untuk mak dan abah setiap kali lepas solat... itu je yang termampu.
 
Eh apa yang aku melalut nie.. sebenonye aku nak cerita, abah makan herbalife sebab dia rasa gemuk dan cepat penat bila berkebun. Jadi dia nak kuruskan badan. Dan hasilnya abah dah kurus... wah... jelesnye tengok abah. Lepas tu adik Farisya pulak.. Sapa Farisya? Adik bongsu aku la.. dia dah turun 6 kg dalam masa sebulan setengah dengan Herbalife... oh tidakkkkk.... nak diet jugakkkk...
 
So, bermula lah fasa diet untuk si montel tegar cam aku nie. Err... besok je la start. Jap gi nak makan maggi puas-puas dulu. Kasi can la weyyyy... hihihihi....
 
Besok nak start dengan shake flavour ape ek? Order yang sampai tadi ada strawberry, cuppocino, tropical fruit. Hmm.. rasanya nak start dengan strawberry la... sama cam adik Farisya.. tak nak kalah... 6 kg dalam satu setengah bulan... Alamak... penimbang belum beli.. adoi.. besoklah..
 
Procrastination... bertangguh,,, Orang yang suka bertangguh sentiasa mencari peluang dan alasan untuk menangguhkan sesuatu... Aku la tu dalam bab-bab diet nie sangat-sangat suka bertangguh. Tapi ada satu yang aku tak suka tangguh-tangguh.. Syampooooo.... yea... I love shampooing my hair evry day. Pantang nampak produk syampoo yang baru dan agak canggih iklannya.. tak sabar2 nak cuba... jadi.. walaupun produk herbalife yang nie memang takde kene mengena ngan diet.. aku tetap beli dan terus guna...



Shampoo
 
 Rasa segar sangat-sangat lepas syampoo tadi. Kalau nak cuba boleh order ngan aku.. at member price. Tapi ada caj pos ye kalau nilai order kurang dari RM 1K. Caj pos tak banyak pun RM15 je. Aikk... tibe-tibe pulak ada iklan... hehehehe... apa salahnya kan sebab aku dah jadi member Herbalife.. tak nak kalah ngan Farisya... Lepas nie abah dengan Farisya mesti kene beli dengan aku,,.. sebab aku bagi member price.... apa salahnya berkongsi bende baik. Biar untung sikit asalkan positive income...,  (tu kate Robert Kiyosaki... lain kali aku masukkan entry pasal pakcik Robert nie pulak kay!)

Email me if you're interested. All Herbalife products can be bought at member price (discount 25%).


Friday, March 15, 2013

Young at 40

Bermacam-macam feelings bercampur baur bile dah nak masuk 4 series nie... hmm... Bagi yang lelaki-lelaki macho dan perasan handsome di luar sana mungkin feel great... life begins at 40 la kononnya... apalagi...mula la berangan nak hadiahkan madu kat bini. Hmmm.... 'ada aku kisah'.. hehehehe.. sebab yang sebenarnya ramai lagi lelaki-lelaki sedar diri yang semakin menghargai isteri di usia macam nie.. mula menabung nak ajak pegi umrah atau haji bersama-sama mungkin.. bahagianya... ada yang tiap2 bulan belikan isteri silver bar suruh simpan sebab nak belikan goldbar tak mampu.... sape lah tu kann... alhamdulillah...

Tapi buat insan-insan terpilih yang bernama wanita seperti aku ini.. well... frankly speaking.. life begins to stabilise, anak-anak dah makin remaja.. dah boleh tolong2 buat keje rumah sikit-sikit sebab mami perlu sesekali goyang kaki .. jadi mummy boleyla start berblogging.. hihihi... dah lama nak buat blog tapi tertunda... anyway, it's always better late than never kan... Apa lagi bila dah ada masa nie... baru teringat nak belek2 muka depan cermin... belek punya belek... baru perasan, kulit dah makin kering... oh tidak.. bawah mata dah mula ada garisan.. what??.. bibir pun dah mengecut sikit... waaa...waaa.... cuba senyum dalam cermin... adoi ... itu belum masuk bab body lagi.. dah ...dah... tak boleh diteruskan lagi... "Paaaa Pa, Hang Li We sedey....." hahahha... teringat lak Boboy nye dialogue dalam Maharaja Lawak Mega 2012... kelakarr.....

Okay... let's enjoy the photos of beautiful young looks of Malaysian artists in their 40s.

Ziana Zain, 46, Gojes sangat...
Add caption

Amy Mastura, 42, So sweet


Last but no least... Rozita Che Wan, 40, janda malatop kebabooommm...
 
 Hmm... sape kate mak-mak orang yang dah 40s tak boleh cun melecun macam nie.. So start eating healthy foods, take supplements, exercise, have enough sleeps and think positive.. in shaa Allah.

Tapi yang sebenarnya aku nak letak jugak foto artis kesayangan hamba kat sini walaupun artis comel nie masih muda, tapi suaminya berumur 40.. so okay gak pe kan... Nak tahu tak siapa dia... enjoyla wajah comelnye...


Lisa Surihani, suri hati Yusri KRU, 40... oppsss... bukan Lisa yang 40, tapi Yusri... jangan marahhh...