Monday, March 18, 2013

Cara-cara menangani stress dengan berkesan

Dalam kehidupan kita sehari-hari, memang tak dapat lari dari 'stress'. Aku bila dah stress mula la migrain menyerang... Tapi sebenarnya jika kita pandai menangani stress yang datang, kita akan peroleh kebaikan daripadanya.

Di bawah ini adalah ringkasan kepada cara-cara menangani stress yang aku baca dari satu blog mat salleh. (source from http://www.helpguide.org/mental/stress_management_relief_coping.htm#accept)

Strategi Pengurusan Stress

1. Elakkan 'stress' yang tak perlu
  • Belajar berkata "Tidak" atau "Tak Mahu"
    • Kalau kita terlalu tak berkira, orang akan pijak kepala kita & mengambil kesempatan
  • Mengelak / Jauhkan diri daripada sesiapa yang memberikan stress kepada kita
    • Seeloknya buat tak tahu je... "ada aku kisah"
  • Kawal persekitaran anda
    • contohnya, jika sentiasa berdepan dengan jalan jem di waktu pagi, cuba cari jalan alternatif atau keluar lebih awal
  • Elak dari berdepan/bercakap/membaca/menonton bahan-bahan yang menimbulkan stress
    • kalau cerita seram atau horror buat anda stress.. lupakanlah.. baik tengok sitcom
  • Permudahkan senarai keperluan 'to-do-list'
    • buat perancangan awal pada tugasan kerja sehari-hari atau perancangan hujung minggu
    • contohnya kalau nak balik kampung pada hujung minggu, pastikan kain baju dah dibereskan. Selalunya aku hantar dobi je kalau hujung minggu ada aktiviti/outing, tapi pada yang mampu untuk uruskan sendir kain baju setiap hari, itu adalah lebih baik... tabik springggg!!!!
2. Ubah situasi
  • Suarakan perasaan anda jangan berdiam diri.
    • jangan memendam rasa, luahkan agar situasi dapat diperbaiki
  • Mahu bermuafakat (compromise)
    • Bersedia untuk berubah ke arah kebaikan bersama
  • Bersikap lebih tegas
    • Suarakan dengan jelas apa yang anda mahu tetapi mestilah dengan rasa hormat
    • contohnya jika kamu amat sibuk dan seseorang datang untuk bersembang, katakan yang anda hanya ada 5 minit untuk itu
  • Uruskan masa dengan lebih berkesan
    • Buat perancangan awal untuk mengelakkan saat terakhir untuk menyelesaikan kerja supaya anda tidak berdepan dengan stress
3. Menyesuaikan diri dengan punca stress
  • kendalikan masalah dengan positif
    • sentiasa yakin dalam diri bahawa setiap ujian dari Tuhan ada hikmah disebaliknya
  • Lebih terbuka
    • Cuba fikirkan adakah masalah ini akan berpanjangan, takkanla husband terlupa anniversary pun nak monyok macam dapat 'madu'...contohnya la kan...heeee... jangan stress...!!!
  • Sesuaikan 'standard' anda
    • Contohnya : kalau ada anak kecik 4 orang berderet, terimalah kenyataan yang tak mengapa kalau rumah tak sama standard macam dalam majalah anjung seri tu... lainla kalau ada maid dan anda sendiri home manager sepenuh masa.. Bertuahnya...
4. Terima perkara-perkara yang kita tak boleh ubah
  • Jangan cuba nak kawal perkara-perkara di luar kemampuan
    • contohnya perangai /kelakuan rakan sekerja atau jiran yang  menjengkelkan
  • Cari kebaikan sesuatu masalah yang timbul
    • Contohnya jika suami cakap anda makin "comel", mungkin inilah masa yang sesuai untuk anda buktikan yang anda boleh jadi slim (makan terkena kat batang idung sendiri je.. heheheh)
  • Kongsi perasaan anda dengan orang yang boleh dipercayai
    • Anda merasa lega setelah meluahkan rasa hati pada yang tersayang atau pada insan-insan terdekat yang menyayangi anda seadanya
  • Belajar untuk memaafi
    • usah di panjangkan perkara yang remeh temeh, hanya membuang masa dan menyesakkan dada.. Forgive and forget.
5. Cari masa untuk berseronok dan rehat
  • Setkan masa untuk rehat setiap hari untuk caj semula
  • Berhubung dengan orang-orang yang positif yang mampu memberikan anda inspirasi
  • Buat perkara yang kamu enjoy setiap hari
  • Ada sense of humor
6. Jalani kehidupan yang sihat (healthy lifestyle)
  • Senaman yang teratur
  • Makan makanan yang sihat
  • kurangkan kafein dan gula
  • Elakkan alkohol, rokok dan dadah merbahaya
  • Dapatkan tidur yang cukup

2 comments: