Wednesday, March 20, 2013

Halangan dan cabaran diet

Terlalu ramai yang berazam nak diet tapi tak turun-turun berat badan.. makin bertambah adalah. Macam-macam alasan yang diberi tapi pokok pangkalnya tepuk dada tanya selera.

Awal tahun adalah menjadi kebiasaan untuk membuat azam baru. Tapi pada waktu inilah rezeki makan datang mencurah-curah. Selalu sangat ada aktiviti makan-makan. Ada yang naik pangkat, jom celebrate ramai-ramai. Makan free. Ada pulak yang resign... jom makan lagi. Waktu nie jugak masing-masing poket tengah tebal... baru dapat bonus... yahooo... jom makan.
 Abis tu azam diet pun barai.

 
 
 
Well... yang sebenarnya bagi aku... tujuan utama nak diet bukanlah nak kurus segera lalu diet gila-gila tapi bila dah dapat berat badan seperti yang diidamkan terus terlupa nak jaga pemakanan dan akibatnya menjadi lebih gemuk dari yang asal. Sebenarnya, yang lebih utama adalah kesihatan yang baik. Kata omputih... "you are what you eat". Kalau tak jaga diet seimbang, macam-macam masalah timbul, bermula dengan lebih berat badan, kemudian obesiti, kemudian satu-satu penyakit akan hadir. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, masalah kesuburan, gout dan lain-lain lagi.
Kesihatan ialah yang paling diutamakan, kurus adalah bonus.
Oleh itu selain daripada menjaga diet yang seimbang, senaman juga satu kemestian. Berdiet tanpa bersenam lama kelamaan akan menurunkan kadar metabolisma badan.
Walau berdiet macam supermodel aneroxia pun kalau metabolisma rendah.. terlalu sukar berat nak turun.
 

Jadi sahabat sekelian, berdietla dengan cara yang betul. Jangan terlalu bergantung kepada produk cepat kurus yang belum tentu kebaikannya selain menurunkan berat badan. Carilah produk yang mengutamakan kesihatan dan diet yang seimbang. Itu adalah yang terbaik. Bagi aku sendiri, Herbalife pilihan ku. Anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment