Friday, March 22, 2013

Tips kurus & pecah lemak melalui cara pamakanan - Dr Hamid Arshat


Busy sesangat semalam dan hari nie. Sempat jugak jenguk FB sambil2 buat keje rumah.. terjumpalah dengan Status Dr Hamid Arshat yang sempat di screenshotkan oleh henpon ku. Sorry quality kurang elok. Semuanya dibuat dengan tergesa-gesa.

Aku nak ulas balik tips yang diberikan.

1. Kunyah makanan di dalam mulut selama yang boleh. Ini adalah kerana enzim dari air liur membantu penghadaman.

2. Kurangkan makanan luar contohnya fast food dan lain-lain makanan bergoreng. Kalau mampu untuk masak sendiri itu adalah lebih baik.

3. Berhenti minum air cordial, sirap, minuman di dalam botol dan kotak. Ini adalah kerana kandungan gulanya yang teramat tinggi.

4. Jauhkan makanan yang mempunya perisa, pengawet dan pemanis.

5. Seelok-eloknya setiap pagi minum air suam yang dicampur dengan perahan lemon setengah biji ataupun limau nipis. Minum sedikit apple cider atau cuka epal semasa atau selepas makan.

6. Cili mentah seperti cili merah, cili hijau atau cili padi, makan sebagai ulam ataupun salad.

7. Lebih elok menggunakan kunyit hidup di dalam masakan.

8. Gunakan olive oil marjerin dan minum minyak kelapa dara sebanyak 1 sudu, 2 kali sehari.

9 Ambil supplement Vitamin B khususnya B3 atau Niacin.

10. Makan 'seaweed' atau rumpai laut atau juga dikenali sebab pure marine collagen sebagai sumber iodine dan anti-oksida.

No comments:

Post a Comment