Wednesday, March 20, 2013

Tips awet muda

Menjadi tua adalah satu pross semulajadi.. kalau umur panjang, semua orang akan mengalaminya. Tapi apa yang ditakuti adalah tua sebelum waktunya... oh tidak....! Mungkin bagi yang mampu, mereka yang bertuah itu hanya perlu ke Spa mewah untuk membelai dan merawat tubuh badan dan wajah agar sentiasa awet muda, cerah, anjal dan melewatkan kedut.

Bagi yang berduit dan berani boleh juga memilih kaedah suntikan vitamin C dan kolagen atau seperti yang kita sedia maklum, ada segelintir wanita yang mengamalkan suntikan botox. Apa-apa pun pilihan di tangan anda.

Bagi aku yang duit cukup-cukup makan dan cuma tinggal sedikit untuk disimpan nie... kaedah di atas tidak menjadi keutamaan. Memang sesekali aku akan ke spa kawanku kalau badan terasa berat, ngilu-ngilu atau untuk melakukan rawatan rambut. Itupun mintak duit dengan Mr Hubby. Hihihi...  dah tentu 'maintenance' nie untuk dia jugakkan.. hehehehe.... berani dia tak kasi...

Tapi apa yang pasti, pemakanan juga memainkan peranan penting selain penjagaan luaran.

Usia terbahagi kepada dua iaitu usia kronologi dan usia biologi. Usia kronologi adalah usia yang dikira melalui kalendar dari saat dilahirkan sehingga sekarang. Contohnya, aku dilahirkan pada tahun 1973 jadi usia kronolgi aku ialah 25,... hehhehe.... pandai tak matematik aku...

Usia biologi adalah sangat penting. Ada orang yang usia kronologinya 25 tetapi usia biologinya seperti 40. Apa yang menyebabkan hal ini terjadi? Pengiraan usia biologi adalah berdasarkan index kolagen tubuh badan seseorang itu.

DI bawah adalah tips awet muda yang amat perlu diutamakan oleh kita.

1. Pemakanan

Pemakanan seimbang dan rendah kalorinya memainkan peranan yang amat penting dalam melambatkan proses penuaan. Sebagai contoh, ahli Sumo Jepun yang berumur sekitar 23 tahun, umur biiologi mereka adalah 30 tahun. Bahkan Jepun yang mempunyai purata umur penduduknya mencapai 80 tahun, akli Sumo hanyalah mencapai 50 tahun.Ujian terhadap tikus pula menunjukkan, penurunan kalori dapat memanjangkan jangka hayat tikus tersebut. ( (sumber : DokterGaul.com).
Berikut adalah tips dari Lisa Surihani tentang pemakanan.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/10/30/mstar_hiburan/20121029172314

2. Senaman yang teratur

Otot tidak akan berkembang malahan mengecil jika tidak digunakan. Sebaliknya apabila otot digunakan dan dilatih, ia akan berkembang bersesuaian dengan beban yang diterima. Banyak bukti menunjukkan kemunduran otot adalah disebakan oleh pengurangan penggunaannya seiring dengan proses penuaan. Jadi, usia bukanlah halangan untuk kita bersenam.








No comments:

Post a Comment