Monday, March 18, 2013

Cara-cara menangani stress dengan berkesan

Dalam kehidupan kita sehari-hari, memang tak dapat lari dari 'stress'. Aku bila dah stress mula la migrain menyerang... Tapi sebenarnya jika kita pandai menangani stress yang datang, kita akan peroleh kebaikan daripadanya.

Di bawah ini adalah ringkasan kepada cara-cara menangani stress yang aku baca dari satu blog mat salleh. (source from http://www.helpguide.org/mental/stress_management_relief_coping.htm#accept)

Strategi Pengurusan Stress

1. Elakkan 'stress' yang tak perlu
  • Belajar berkata "Tidak" atau "Tak Mahu"
    • Kalau kita terlalu tak berkira, orang akan pijak kepala kita & mengambil kesempatan
  • Mengelak / Jauhkan diri daripada sesiapa yang memberikan stress kepada kita
    • Seeloknya buat tak tahu je... "ada aku kisah"
  • Kawal persekitaran anda
    • contohnya, jika sentiasa berdepan dengan jalan jem di waktu pagi, cuba cari jalan alternatif atau keluar lebih awal
  • Elak dari berdepan/bercakap/membaca/menonton bahan-bahan yang menimbulkan stress
    • kalau cerita seram atau horror buat anda stress.. lupakanlah.. baik tengok sitcom
  • Permudahkan senarai keperluan 'to-do-list'
    • buat perancangan awal pada tugasan kerja sehari-hari atau perancangan hujung minggu
    • contohnya kalau nak balik kampung pada hujung minggu, pastikan kain baju dah dibereskan. Selalunya aku hantar dobi je kalau hujung minggu ada aktiviti/outing, tapi pada yang mampu untuk uruskan sendir kain baju setiap hari, itu adalah lebih baik... tabik springggg!!!!
2. Ubah situasi
  • Suarakan perasaan anda jangan berdiam diri.
    • jangan memendam rasa, luahkan agar situasi dapat diperbaiki
  • Mahu bermuafakat (compromise)
    • Bersedia untuk berubah ke arah kebaikan bersama
  • Bersikap lebih tegas
    • Suarakan dengan jelas apa yang anda mahu tetapi mestilah dengan rasa hormat
    • contohnya jika kamu amat sibuk dan seseorang datang untuk bersembang, katakan yang anda hanya ada 5 minit untuk itu
  • Uruskan masa dengan lebih berkesan
    • Buat perancangan awal untuk mengelakkan saat terakhir untuk menyelesaikan kerja supaya anda tidak berdepan dengan stress
3. Menyesuaikan diri dengan punca stress
  • kendalikan masalah dengan positif
    • sentiasa yakin dalam diri bahawa setiap ujian dari Tuhan ada hikmah disebaliknya
  • Lebih terbuka
    • Cuba fikirkan adakah masalah ini akan berpanjangan, takkanla husband terlupa anniversary pun nak monyok macam dapat 'madu'...contohnya la kan...heeee... jangan stress...!!!
  • Sesuaikan 'standard' anda
    • Contohnya : kalau ada anak kecik 4 orang berderet, terimalah kenyataan yang tak mengapa kalau rumah tak sama standard macam dalam majalah anjung seri tu... lainla kalau ada maid dan anda sendiri home manager sepenuh masa.. Bertuahnya...
4. Terima perkara-perkara yang kita tak boleh ubah
  • Jangan cuba nak kawal perkara-perkara di luar kemampuan
    • contohnya perangai /kelakuan rakan sekerja atau jiran yang  menjengkelkan
  • Cari kebaikan sesuatu masalah yang timbul
    • Contohnya jika suami cakap anda makin "comel", mungkin inilah masa yang sesuai untuk anda buktikan yang anda boleh jadi slim (makan terkena kat batang idung sendiri je.. heheheh)
  • Kongsi perasaan anda dengan orang yang boleh dipercayai
    • Anda merasa lega setelah meluahkan rasa hati pada yang tersayang atau pada insan-insan terdekat yang menyayangi anda seadanya
  • Belajar untuk memaafi
    • usah di panjangkan perkara yang remeh temeh, hanya membuang masa dan menyesakkan dada.. Forgive and forget.
5. Cari masa untuk berseronok dan rehat
  • Setkan masa untuk rehat setiap hari untuk caj semula
  • Berhubung dengan orang-orang yang positif yang mampu memberikan anda inspirasi
  • Buat perkara yang kamu enjoy setiap hari
  • Ada sense of humor
6. Jalani kehidupan yang sihat (healthy lifestyle)
  • Senaman yang teratur
  • Makan makanan yang sihat
  • kurangkan kafein dan gula
  • Elakkan alkohol, rokok dan dadah merbahaya
  • Dapatkan tidur yang cukup

Sunday, March 17, 2013

Monday Blues....

Adoi... it's Monday again... macam biasa... traffic jam tak dapat dielakkan.. suka atau tidak... terpaksalah diharungi... kalau dapat kete terbang kan best... hiii... berangan...



kadang2 bila time 'buang masa' macam nie aku selalu berangan nak jadik suri rumah sepenuh masa. Alangkah bahagianya kalau dah mampu nak hantar tender... resign. Hmm... syoknya berangan kan..


Stresssssssss...!!! bukan stress kat tempat keje je... belum sampai kilang dah stress.. hadoi. Kat kilang dah stress pasal input & output pulak. Balik keje pulak another stress... kalau tak jem pun jalan tetap congested pastu dengan sikap driver-driver yang 'jual ikan' lagi. Sabarla wahai hati.
 

Tarik nafas dalam-dalam ... hembus nafas... sambil-sambil tu jom semak cara-cara mengendalikan stress dengan berkesan atau dalam bahasa orang putihnya Stress Management.




Diet dengan Herbalife

Yahoo....!!!! produk herbalife  yang aku order dah sampai. Tak sabar nak berdiet nih.!!! keles ko Jah.... hehehehe... So hari ni dengan bangganya aku bawak tumbler air herbalife yang tutupnya kaler hijau dan sangat bergaya itu ke hulu ke hilir.


Dari rumah ke Serdang kemudian ke Bangi kemudian ke Serdang balik hantar Akemi balik ke kedai dia... http://onlinelittleshoppe.blogspot.com/ , http://craftanie.blogspot.com/ ,  dok tayang la botol air ijau herbalife yg cantik tu. Dalam tu dah bancuh teamix dengan aloevera... sedap... macam minum teh o limau .. ada masam2 sikit ada rasa teh sikit.. bezanya cuma takde gula.. heheheh... ok what! not bad at all as a start.

Herbal Aloe
Tea Mix

 
Buat apa kat Bangi? ... hmmm.. ada kelas menjahit jubah tadi. Kat dalam kelas pun  ada yang tanya.. ok tak makan Herbalife... "errr.... yang sebenarnya.. saya pun baru je cuba-cuba".  Almaklumlah dah di ambang 4 series nie mestila jaga badan... apa? dah terlambat.. sapa kata? biar lambat asal selamat... kannn.... Apa-apa pun nanti aku update entry pasal jahit jubah ye. Mesti tak sabar kan pada siapa yang minat menjahit tapi tak berkesempatan nak pegi belajar. I will share with all of you.. because sharing is caring, right.
 
 
Oh ya.. kenapa aku pilih produk Herbalife berbanding produk-produk weight management yang lain? Yang pertama... rasa teruja tengok abah aku kat kampung tu dok minum herbalife. Abah keje kampung... tanam sawit, kait buah sawit, baja sawit, hantar buah sawit ke kilang.. dan lain-lain aktiviti penjagaan sawit yang aku sendiri pun tak pernah tahu. Abah oh abah... kesian abah... sayang betul dia dengan pokok-pokok sawit tu... "Tapi abah perlukan rehat  yang banyak.. abah bukan makin muda..." hmmm... nie aku cakap dalam ati je.. tak pernah pulak seumur hidup aku menasihati abah... janggal rasanya.. Tapi sebagai seorang anak, aku selalu doa untuk mak dan abah setiap kali lepas solat... itu je yang termampu.
 
Eh apa yang aku melalut nie.. sebenonye aku nak cerita, abah makan herbalife sebab dia rasa gemuk dan cepat penat bila berkebun. Jadi dia nak kuruskan badan. Dan hasilnya abah dah kurus... wah... jelesnye tengok abah. Lepas tu adik Farisya pulak.. Sapa Farisya? Adik bongsu aku la.. dia dah turun 6 kg dalam masa sebulan setengah dengan Herbalife... oh tidakkkkk.... nak diet jugakkkk...
 
So, bermula lah fasa diet untuk si montel tegar cam aku nie. Err... besok je la start. Jap gi nak makan maggi puas-puas dulu. Kasi can la weyyyy... hihihihi....
 
Besok nak start dengan shake flavour ape ek? Order yang sampai tadi ada strawberry, cuppocino, tropical fruit. Hmm.. rasanya nak start dengan strawberry la... sama cam adik Farisya.. tak nak kalah... 6 kg dalam satu setengah bulan... Alamak... penimbang belum beli.. adoi.. besoklah..
 
Procrastination... bertangguh,,, Orang yang suka bertangguh sentiasa mencari peluang dan alasan untuk menangguhkan sesuatu... Aku la tu dalam bab-bab diet nie sangat-sangat suka bertangguh. Tapi ada satu yang aku tak suka tangguh-tangguh.. Syampooooo.... yea... I love shampooing my hair evry day. Pantang nampak produk syampoo yang baru dan agak canggih iklannya.. tak sabar2 nak cuba... jadi.. walaupun produk herbalife yang nie memang takde kene mengena ngan diet.. aku tetap beli dan terus guna...



Shampoo
 
 Rasa segar sangat-sangat lepas syampoo tadi. Kalau nak cuba boleh order ngan aku.. at member price. Tapi ada caj pos ye kalau nilai order kurang dari RM 1K. Caj pos tak banyak pun RM15 je. Aikk... tibe-tibe pulak ada iklan... hehehehe... apa salahnya kan sebab aku dah jadi member Herbalife.. tak nak kalah ngan Farisya... Lepas nie abah dengan Farisya mesti kene beli dengan aku,,.. sebab aku bagi member price.... apa salahnya berkongsi bende baik. Biar untung sikit asalkan positive income...,  (tu kate Robert Kiyosaki... lain kali aku masukkan entry pasal pakcik Robert nie pulak kay!)

Email me if you're interested. All Herbalife products can be bought at member price (discount 25%).


Friday, March 15, 2013

Young at 40

Bermacam-macam feelings bercampur baur bile dah nak masuk 4 series nie... hmm... Bagi yang lelaki-lelaki macho dan perasan handsome di luar sana mungkin feel great... life begins at 40 la kononnya... apalagi...mula la berangan nak hadiahkan madu kat bini. Hmmm.... 'ada aku kisah'.. hehehehe.. sebab yang sebenarnya ramai lagi lelaki-lelaki sedar diri yang semakin menghargai isteri di usia macam nie.. mula menabung nak ajak pegi umrah atau haji bersama-sama mungkin.. bahagianya... ada yang tiap2 bulan belikan isteri silver bar suruh simpan sebab nak belikan goldbar tak mampu.... sape lah tu kann... alhamdulillah...

Tapi buat insan-insan terpilih yang bernama wanita seperti aku ini.. well... frankly speaking.. life begins to stabilise, anak-anak dah makin remaja.. dah boleh tolong2 buat keje rumah sikit-sikit sebab mami perlu sesekali goyang kaki .. jadi mummy boleyla start berblogging.. hihihi... dah lama nak buat blog tapi tertunda... anyway, it's always better late than never kan... Apa lagi bila dah ada masa nie... baru teringat nak belek2 muka depan cermin... belek punya belek... baru perasan, kulit dah makin kering... oh tidak.. bawah mata dah mula ada garisan.. what??.. bibir pun dah mengecut sikit... waaa...waaa.... cuba senyum dalam cermin... adoi ... itu belum masuk bab body lagi.. dah ...dah... tak boleh diteruskan lagi... "Paaaa Pa, Hang Li We sedey....." hahahha... teringat lak Boboy nye dialogue dalam Maharaja Lawak Mega 2012... kelakarr.....

Okay... let's enjoy the photos of beautiful young looks of Malaysian artists in their 40s.

Ziana Zain, 46, Gojes sangat...
Add caption

Amy Mastura, 42, So sweet


Last but no least... Rozita Che Wan, 40, janda malatop kebabooommm...
 
 Hmm... sape kate mak-mak orang yang dah 40s tak boleh cun melecun macam nie.. So start eating healthy foods, take supplements, exercise, have enough sleeps and think positive.. in shaa Allah.

Tapi yang sebenarnya aku nak letak jugak foto artis kesayangan hamba kat sini walaupun artis comel nie masih muda, tapi suaminya berumur 40.. so okay gak pe kan... Nak tahu tak siapa dia... enjoyla wajah comelnye...


Lisa Surihani, suri hati Yusri KRU, 40... oppsss... bukan Lisa yang 40, tapi Yusri... jangan marahhh...